Saturday, 9 April 2016

Haiwan-haiwan yang diancam kepupusan di Malaysia

Taman negara diwujukan di Malaysia sebagai kawasan perlindungan rasmi untuk hidupan. Taman negara mengandungi keunikan hutan dan kepelbagaian biologi serta memiliki keindahan alam semulajadi yang tidak ternilai.

Taman negara juga merupakan kawasan pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar terutamanya spesies yang sedang menghadapi masalah kepupusan.

Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai beberapa jenis hidupan yang diancam kepupusan? Antaranya ialah:

Burung Kenyalang

Orang Utan

Tapir

Penyu Belimbing

Haiwan Mamalia Yang Mempunyai Ciri Luar Biasa

Sesetengah haiwan vertebrata dalam kumpulan tertentu menunjukkan ciri-ciri luar biasa. Berikut adalah contoh haiwan-haiwan yang mempunyai ciri luar biasa:

Ikan Paus 
Ikan paus ialah mamalia yang hidup di dalam air seperti ikan

Ikan lumba-lumba
Ikan lumba-lumba ialah mamalia yang hidup di dalam air seperti ikan.

Kelawar
Kelawar adalah mamalia yang berkepak dan terbang seperti burung.


Landak

Landak adalah mamalia yang mempunyai badan berduri.

Tenggiling
Tenggiling adalah mamalia mempunyai badan bersisik kering seperti reptilia.

Platipus

Platipus adalah mamalia yang bertelur dan berparuh seperti itik.



Haiwan Vertebrata

Haiwan Vertebrata adalah haiwan yang mempunyai bertulang belakang, dan dibahagikan kepada lima kelas yang utama, iaitu mamalia, ikan, burung, amfibia dan reptilia.

 Antara ciri yang dipertimbangkan untuk pengelasan adalah struktur luar haiwan tersebut, berdarah panas atau berdarah sejuk, bernafas melalui peparu ataupun insang, melahirkan anak, bertelur dan telur bercangkerang atau tidak bercangkerang dan jenis persenyawaan iaitu persenyawaan dalam atau persenyawaan luar.

Mamalia



Struktur luar yang diliputi bulu atau rambut
Bercuping telinga
Mempunyai kelenjar peluh
Mempunyai kelenjar susu
Berdarah panas
Bernafas melalui peparu
Melahirkan anak
Persenyawaan dalam 

Ikan


Badan berbentuk larus
Diliputi sisik
Bersirip dan berekor
Berdarah sejuk
Bernafas melalui Insang
Bertelur. Telur tidak bercangkerang
persenyawaan luar

Burung


Diliputi bulu pelepah
Berparuh dan berkepak
Kaki bersisik kering
Berdarah panas
Bernafas melalui peparu
Bertelur. Telur bercangkerang
Persenyawaan dalam 

Amfibia


Dilitupi kulit lembap
Berdarah sejuk
Bernafas melalui insang (anak)
Bernafas melalui peparu dan kulit lembap (dewasa)
Bertelur. Telur diliputi oleh jeli dan tidak bercangkerang
Persenyawaan dalam

Reptilia

Dilitupi kulit bersisik kering
Berdarah sejuk
Bernafas melalui peparu
Bertelur. Telur bercangkerang
Persenyawaan dalam